...

Wednesday, May 13, 2015

Short Film - RENTAP [Fenix Film] -Review



       Salam semua...baru kita dikejutkan tentang pergaduhan yang melibatkan kematian. Amat berduka kerana mereka merupakan generasi  berumur belasan dan mungkin baru nak merasa dewasa n mengijak angka puluhan tetapi dugaan seperti ini sering saja berlaku sejak dahulu lagi. Dikhabarkan pergaduhan itu adalah kerana sehelai tuala. Mangsa Mohd Nur Aqram yang berumur 16 Tahun. Sedeyh mendengar berita ini..tetapi saya rasa ianya tidak ada kaitan dengan buli ataupun yerh..ntalah..kes masih disiasat, tapi kita yg dewasa ini risau dengan situasi macamney. Kalau lah ia berlaku pada keluarga kita mesti agak mendukacitakan. Tahziah kepada keluarga mangsa, n kepada adik diluar sana haraplah anda selalu Muhasabah diri jauhkan dari sifat amarah dan kawalah sebelum terperagkap. Kalu nak salahkan pelbagai pihak tur. Kita kena tengok diri jugaklah kan.

Baiklah saya nak berkongsi sebuah ShortFilm dari pembikin2 muda amatur bagi saya percubaan yang menaRIKk...TajukNYA RENTAPP!! okey jgn konfius ini bukn pasal kepahlawanan Rentap pahlawan iban.. yeah first thing first kenapa saya suka tgk citer ney..

1. Sebabnya citer ney memberi paparan latar yang merakamkan sebuah IPT, Sungguh mengasyikkan dan terpesona. Anda mampu mendapat ketenangan serta kehijauan tumbuh-tumbuhan WoW.

2. Usaha mengangkat Tema Buli  dalam citer ney bagi saya sesuatu yang bagus kerana masih relevan sehingga sekarang, dan diselitkan seni pertahankan diri seperti Silat. Mungkin sesuatu  yang boleh dijangkakan  kita sebagai penonton.  Kita juga boleh memberi perbezaan dengan sebuah filem dari Brunei, Yasmine atau Merantau warrior, Hati waja n beberapa filem dan tv Malaysia mengenai silat sebelum ini. Bagi saya mengambarkan silat perlu dipertontonkan dengan seni bunganya, gerak langkah, bukan sekadar tumbukan berbisa, parang,kapak, tendangan tujah, side kick yang berbunyi woofff..n THoghhhttt.. dimana perkara ini seharusnya perlu diambil kira oleh pengarah.

3. Saya excited dengan paparan hook pada storyline nye, dari sini saya dapat lihat pengarah mampu menterjemahkan teknik penceritaan, sememangnya pengarah mempelajari  selok belok penceritaan so kita perlu hargai dengan effort nye. N besttt masa masuk jer perkenalan perlakon-perlakon tu beserta Opening  Grafik yang cantekkk, termasuk Breacker  dan lagu popular mengikut 'beat' pegerakkan grafik mengekalkan momentum ReNTAp ini. Secara tak langsung membuatkan penonton tidak berganjak utk terus menonton.

4. Suka tengok penggunaan POV semasa Amin dipukul cara ini dapat memberi elemen dua hala perasaan amin terhadap penonton. Selain itu karakter Amin, Mia dan Kai. Bagi saya ketiga-tiga karakter ini nampak blend n ada keserasian .

5. Watak Mia yang manis ini menjadi penarik dalam filem  tetapi saya mengharapkan Mia dibangunkan karakter dengar lebih lagi. Apa yang dapat difokuskan, karakter Mia yang ditangani oleh adik Zulzuriati sekadar karakter gadis remaja tipikal biasa, watak  tiada sentuhan extraordinary pada perwatakkan yang boleh memberi tension atau sesuatu diluar jangka . Ini dilihat, sewaktu Mia menerima surat dan menangisi pemergian Amin, juga semasa ditangkap oleh Kai serta aksi lawan menengelamkan penampilan Mia tidak seperti awal kehadiran Mia yang seakan ada aura dan tumpuan penonton kepadanya. Bagi saya karakter Mia perlu dibina lagi bagi menyumbangkan sesuatu dalam pergelutan Amin dan Kai. Kematian Amin itu adakalanya memberi satu bentuk negatif pada saya kerana ia berkenaan dengan seni silat. Ia boleh menimbulkan persoalan sbg cth adakah silat tidak bagus dr Tomoy atau Taekwando. Jadi sebelum pengarah mengambil silat itu, pengarah perlu berbangga dengan martial art yang dibawakan sebagaimana pengarah aksi thailand berbangga dengan tomoy dan Jepun sangat berbangga dengan ninja dan seni pertahankan diri yang asal dari negara matahari terbit itu. Ini kerana, mereka bersunguh-sungguh untuk memenangkan tradisi mereka.

6.  Selain itu, Karakter Amin berpewatakan protagonis ditangani baik oleh Al-Amin dan juga lawannya Kai oleh Rashdan serta kuncu-kuncunya beraksi agak baik disamping  bantuan sinematografi. Mungkin secara profesional mereka menyediakan kareografer jadi setiap part perlawanan disusun sebolehnya oleh pengarah supaya tidak berlaku anti-klimaks pada penghujung babak aksi pergaduhan. Saya juga tertarik beberapa watak tambahan, termasuk diakhir cerita, walau babak hanya seketika, lakonannya tampak natural. well done..

        Keseluruhan penceritaan bagi saya biasa-biasa tetapi jika dihasilkan sebagai satu pembelajaran saya rasa ia bersesuaian. Walaubagaimanapun, pengarah hendaklah awasi penggunaan dialog. Lontaran dialog perlu diteliti dan ditapis atau di mute kan suara sekiranya kedengaran kasar supaya dapat  mencerminkan imej yang baik kerana membawa nama sebuah IPT.  Selain itu, faktor2 popular seperti penggunaan lagu sbg soundtrack sngt awesome..editing dan Efx juga menarik dan semestinya OPENING MOTION GRAPHIC dan BREACKERS was Amazinggg!!. Semoga tema dibawak dapat memberi serba serbi pengajaran dan awareness dari terjebak BuLI ney kpd org2 muda. Saya menyambut baik pengajaran buah idea dari pengarah Tahniah wat pengarah muda ini, Farhan Mazlan kerana memberi saya tontonan yang menghiburkan. Hope dia akan terus berkarya dan bersemangat Good Luck.

Kredit to Fenix Film...Perhh Lagikk.. Saksikan Video kat atas Justtt Playy..mehhHH :)

1 comment:

Prince of Noob said...

wow menarik short film ni. btw done follow u, follow mine too :) - Noob