...

Saturday, May 30, 2015

4 Rahsia Troli Pasar Raya Mydin Giant Tesco Aeon dan Aeon Big

Hai Netizen-Netizen sekalian.  Bila diberi ruang untuk mencoret, apa tunggu lagi, i have to grab this opportunity. Pertama sekali, terima kasih kepada tuan tanah blog KEMBALI ini kerana sudi menghulurkan kad jemputan menjemput saya menjadi sebahagian daripada keluarga KEMBALI. Saya bukanlah orang hebat..Saya hanya rakyat marhaen yang hidup dalam kedamaian dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta dalam mencari Redha Allah S.W.T.

Saya muda setahun daripada tuan tanah blog ini...Eh TeRTiBe LAK. Teman dah 15 tahun bermastautin di Perak. Nama kalu ikut IC tertulis Mohd. Fitrey Ezham Bin Mohd Isa. Tak payah lah cerita panjang-panjang pasal diri teman. Takut tuan tanah marah. Apa topik nak teman persembahkan pada kome di post pertama teman ni ya? Fikir punya fikir, tiba-tiba teman ada idea nak cerita dengan mengkome semua pasal TROLI. Kenapa Troli? Tak ada ke topik yang menarik sikit? Sebelum tu kome semua tahu ke apa tu Troli. Moh rapat-rapat kat teman sebab teman dah nak mula menglipur lara.

Ini lah TROLI

Kome semua mesti biasa pergi pasaraya kan. Mustahil lah kalau mengkome tak pernah menjejakkan kaki ke Giant, Mydin, The Store, Tesco, Aeon, Aeon Big dan banyak lagi lah pasaraya-pasaraya kat Malaysia ni. Troli ni sebenarnya memudahkan kome menghabiskan duit yakni membeli belah di pasaraya. Bayangkan kalau tak ada troli, mesti pelanggan-pelanggan dah merampoih (marah) sebab macam mana deme nak angkut barang yang deme beli bebanyak tu. Tak kan nak pikul hoi hoi ya hoi atas bahu sorang satu pulak kan. Teman nak kongsi sikit 4 rahsia berkenaan troli ni yang mengkome di luar sana kebanyakannya tak tahu.

Pertama
Kome sedap je tolak troli ni kan bila shopping. Tapi kome tau tak, sebiji troli yang ada di pasaraya tu harganya berapa? Kalau nak tahu, harga seunit troli adalah sekitar RM180 hingga RM200 seunit. Mahal juga kan? Sebab itu ada sesetengah pasaraya mengambil langkah keselamatan  dengan buat sistem token untuk mengelakkan troli tersebut lebuh(hilang) dicuri atau dibawa pulang oleh pelanggan yang berdekatan dengan pasaraya. Pelanggan perlu beli token sementara berharga RM1 untuk menggunakan troli. Selepas digunakan, pelanggan boleh menebus kembali wang RM1 selepas memulangkan token di kaunter khidmat pelanggan.

Kedua
Pernah tak bila pergi shopping, sambil-sambil tolak troli ke dalam pasaraya, kome terkena renjatan elektrik (orang Melayu kata syot karen)? Keadaan ni biasa berlaku apabila pelanggan yang baru tiba di parking kereta dan di sepanjang perjalanan, mereka menggunakan pendingin hawa (aircond) untuk menyejukkan badan. Ini telah menyebabkan suhu badan berubah dan menghasilkan cas-cas negatif. Selepas turun daripada kereta, lantas mendapatkan troli yang lama terjemur di luar pasaraya. Didapati, situasi tersebut menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik yang lemah apabila kulit tersentuh di bahagian besi troli tersebut.


Ketiga
Kome perasan tak ada sesetengah pasaraya mengambil pekerja-pekerja asing. Secara ringkas, ada sesetengah pekerja asing yang tinggal berdekatan dengan pasaraya mereka bekerja. Oleh itu, deme pekerja-pekerja asing tersebut yang mana tak berapa nak baik, bawa balik 3-4 biji troli balik ke hostel deme. Untuk apa? Deme buat ampaian baju. Keliling-keliling troli tu habis deme sangkutkan pakaian-pakaian deme untuk dijemur.

Keempat
Ni lagi kreatif. Ada sesetengah pekerja pasaraya di aras jualan pakaian, akan menggunakan troli tersebut sebagai tempat melipat baju. Situasi ini jarang kome dapat lihat sebab aksi mencabar ini dilakukan selepas pasaraya ditutup dan dalam proses kemasan oleh pekerja-pekerja. Tak ada la mencabar mana pun. Pekerja-pekerja ni kreatif. Deme ambik kotak-kotak yang tak digunakan dan deme leperkan menjadi seperti alas. Alas kotak tersebut akan diletakkan di atas permukaan troli maka terhasil lah sebuah meja mini beroda. Apa lagi, kerja lipat melipat baju akan lebih mudah.

Cukup lah sampai di sini ya. Teman tak ada idea nak mencoret lagi. Diharap, sedikit sebanyak kome dapat lah juga sikit-sikit info daripada teman. Kadang-kadang, info-info yang macam ni pelik tapi menarik dan kita akan teruja bila dapat tahu. So, nak yang lebih lagi. Silakan tunggu entri teman yang tak seberapa di masa akan datang. 

pss~ Tuan tanah teman dar marah pown  :P



2 comments:

Bro Ley said...

wow...banyak jugak kegunaan troli tu ye. Thanks for sharing. Tapi memang mall2 ni semua kena ada sistem keselamatan camtu. Pernah sekali kat tepi rumah saya ada troli aeon big, padahal jauh lebih kurang 1.5km tu...sapa la yg bawak jauh tu....

KeMBaLI™ said...

Tu r troli ney...kegunaan dia dar bley jadi memacam kalu idea jahat kreatif tu ada...dan mungkin orang rasa nak amik tu..pikir "kalu ak nak amik satu pun x pe sebab kat market musti ada banyak...tapi saya skang gemar pergi super market heroes best sebab pakai troli bakul..jer..