...

Wednesday, September 29, 2010

“Bumi Cinta” karya bersifat international....


Bertepatan dengan tajuk novel “Bumi Cinta”. Karya Habiburrahman El Shirazy,pada pandangan saya adalah terbaik dari novel sebelumnya. Antara karya penulis ini yang mesra dipanggil Kang Abik  antaranya ialah “Ayat-Ayat Cinta”, novel “Ketika Cinta Bertasbih” episod 1 dan 2, Dalam Mighrab Cinta dan banyak lagi pernah menjadi fenomena luar biasa apabila karya2 tersebut diangkat menjadi sebuah filem. Konsep yang diketengahkan iaitu Islamik menjadi satu trademark pada penulis tersebut dalam mempersembahkan sebuah naratif penceritaan baharu dalam karangannya. Tanpa kita sedari, setelah membaca novel-novelnya ianya mengajak pembaca untuk memahami cara kehidupan seorang muslim sebenar. Kerana itulah novel hasil tulisannya banyak menggunakan tagline “Novel Pembanggunan Jiwa” yang seringkali terpampang disetiap ‘cover’ novel penulis berkenaan.

Cerita…
Bumi Cinta mempunyai perbezaan ketara dari segi jalan cerita dan begitu segar. Tidak klise seperti novel-novel lain yang banyak dipasaran kini. Adakalanya seorang penulis mungkin akan menghidangkan gambaran lebih kurang sama dengan novel terdahulu dan itu tidak berlaku pada karya “Bumi Cinta”. Sedikit tentang sinopsis selepas saya selesai membaca….
 Bumi Cinta mengisahkan Ayyas seorang Mahasiswa yang ingin membuat kajian tesisnya di Rusia disana dia terpaksa tinggal serumah dengan 2 orang perempuan yang mana berlainan bangsa dan agama malah ada seorang rakan serumahnya tidak beragama,tidak langsung mempercayai kewujudan tuhan. Lebih teruk perempuan-perempuan tersebut bersifat terlalu terbuka dengan mengamalkan pergaulan bebas jauh menyimpang dengan budaya tempatan kita dan Agama Islam. Ini menjadi tamparan hebat bagi Ayyass memandangkan dia adalah seorang lelaki yang kuat berpegang teguh dengan islam.
Berikut adalah sebab2 kenapa anda perlu membaca novel  “Bumi Cinta” :-  
  
Tarikkan
Novel ini mempunyai pengisian sampingan  tentang  Isu-isu global. Isu-isu realiti kini seperti pengemboman luar Negara, konspirasi, Sejarah menjadi antara  tarikan dalam Bumi Cinta………saya tetarik apabila penulis mengupas kisah Perlarian Syatila & Sabra yang begitu menyayat hati, Pengemboman bersifat konspirasi yang sekarang menjadi isu terhangat dunia juga terdapat dalam novel.  Sebab itu saya menyifatkan karya ini berbentuk ‘Internasional’. Ianya dekat dengan penonton khususnya masyarakat dunia.
  Tambah menarik lagi, sepanjang membaca didapati terdapat unsur-unsur suspens pada beberapa chapter mencetuskan kejutan kepada para pembaca sekaligus menyangkal segala apa yang bermain difikiran kita dimana ternyata tidak menduga kejadian yang bakal berlaku. Sebelum  sesuatu babak berlaku, cerita diselitkan dengan perjalanan setiap watak ke sesebuah tempat yang ditujui dan penceritaan keindahaan ibu kota moskow menjadikan transition dalam cerita. Paling jelas apabila penulis menceritakan ‘keadaan keretapi metro begerak membawa seribu satu perasaan pada setiap penumpangnya . ‘ Ayat tersebut merupakan salah satu transition dalam  cerita ini

Latar masa,Latar tempat memkagumkan…
 Penulis bijak mempertejemahkan latar tempat,suasana,keadaan pada ‘view’ yang berbeza sampaikan pembaca akan  terbuai dengan keindahan ciptaan tuhan dimana Alam juga turut beribadah kepada Allah.

Karakter dan perwatakkan
Selain itu pembawakan karakter cukup mempersonakan dan berkarisma. Ini dapat dilihat watak utamanya iaitu Ayyas
Watak-watak yang terlahir didalam “Bumi Cinta” tidak adapun menyerupai dengan pelbagai-bagai watak ciptaan sang penulis didalam karya sebelumnya. Penyampaiaan perwatakkan karakter jelas tepancar dan seimbang penceritaan setiap karakter di dalam novel seperti sisi gelap Watak pembantu Yelena dan Linor merupakan ‘roommate’/teman serumah Ayyas. Selain itu, Watak Prof Anatasia Palazzo turut membantu ayyas dalam menyelesaikan tesisnya.

MEmang sUNGGuh sUNGGuh sUNGGuh X rugi membaca novel ney…sebab lain dari yang lain. Secara tak lanGgsung kita MenDapat IlMu pengetahuan,Pengajaran serta pembelajaran berguna terutama tentang bagaimana Cara hidup Islam sebenar. Yang pastinya kalau sekaran ney banyak novel2 dijadikan filem…saya bayangkan  kalo novel ney  dijadikan  filem memangbest kerana novel yang saya gambarkan ini bersifat antarabangsa. Alangkah menarik jikaaa Watak linor, Yelena dan Prof Anastasia dilakonkan oleh plakon holywood terkenal wanita cam Angelina Jolie tok  watak Yelena ke…bergabung pulak dengan pelakon melayu asia tenggara dan pelakon famous Rusia memang bestttt….
Pastu pengarah filem bukan calang2 amik orang ternama seperti Majed Majid ke, Michale bay kew..pasti GemPaKKKK…
JaDi wat sumer try r baca novel neh terutama pembaca nOvel tegar..dan yg suKe membaca 


Wasalam…


Psssttt…Untuk tatapan…

Sunday, September 12, 2010

rakyat Malaysia Boleh!!

Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan untuk terus hidup dalam suasana harmoni dan merdeka lihatlah bertapa pelajar-pelajar Malaysia di luar negara  bukan sahaja belajar bahkan mendapat  rezeki di tempat orang.."Bangga bile ade orang muda melayu berani mencabar diri meniaga di tanah air orang. Umur baru 23. Tapi wawasan tinggi. Harap makin ramai lagi anak Melayu mcm dia. Mohd Raher!" antara kata2 dari pemilik video tersebut yang kini berada di Korea..
..dan bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu dipelajari oleh warga luar negara


anda bley gak add mrk melalui
fb neyZ tau klik gambo
credit to cikgu kimi


wasalam..

pssttt..Bangga jadi Anak Malaysia...

Saturday, September 11, 2010

Persenda, Mempersenda atau dipersendakan…(pART1)

   
        Salam…kali ini saya ingin meluahkan ..tentang isu video gadis bertudung mempersenda zikir..Pekara ini hangat dialam maya pada waktu kita dalam menjalani ibadah bulan puasa yang lepas..penggunaan dunia maya terlalu membebaskan beberapa pekara mengenai moral, agama, politik, peperangan dan pelbagai lagi tanpa kawalan,,itulah bahana dunia maya kini membolehkan manusia menjadi mangsa angkara perbuatan manusia sendiri..bukankah pekara yang menyakitkan diri sendiri adalah pekara ditegah dalam islam? (bagaikan kita terkena sendiri dengan perbuatan kita)..Bersifat  berlebih - lebihan juga dilarang sama sekali…
        Islam banyak mengajar  kesederhanaan dalam penghidupan ..adakah keserhadanaan itu wujud dalam diri kita sebagai umatnya? hingga khabar membuatkan kita tidak selamat untuk berkongsi hidup  didunia sesama masyarakat….adakah itu keputusan yang bijak? Bijak kew kita semua manusia ney walau ilmu kita setinnggi langit  tak terjangkau? Ini bukan berkenaan mengenai video  itu sahaja, banyak lagi..semuanya terpampang di dunia perhubungan internet..maklumat dikehendaki klik sahaja semua diceritakan berjuta-juta pekara sampaikan dosa sehingga ke  pahala ..percuma untuk kita dapat..kewujudan internet 
    **nampaknya kesan memporak peranda segenap umat begitu terselah dari maklumat berguna dikehendaki..kewujudan laman sosial  youtube  facebook n lain2 menjadikan medan perang masyarakat sesama islam kini..sungguh berkesan sekali..mana letaknya nilai moral, agama  masyarakat kini..mereka mempertahankan hak pegangan agama secara tidak rasional..samalah dengan  kata2 “matlamat tak mengenal cara”…


credit to Oh Tidak 




wasalam,



psst..- terima kasih meluangkan masa dengan petikan iniSaya mengingatkan dirisendiri dan semua..terlakar juga apa yang hadir dibenak akal ini wasalam sekali lagi..

Persenda, Mempersenda atau dipersendakan…(pART2)

             Mengenai kesah mempersendakan agama memang sudah lama berlaku dari dahulu lagi dan kini semakin parah begitu manusia tidak menghormati agama lain, ingat lagi kes yang sama diinternet iaitu kisah wanita bertudung memegang binatang  haram dilarang islam..sekarang  pula kesah  mengenai niat  seseorang manusia ini mejadikan 11 September  sebagai hari pembakaran Al-Quran..agak biadap dan tidak bertamadun insan tersebut....mengenai video mungkin kita boleh ambil pengajaran dengan membaca serba sedikit pendapat dari seorang pendidik ini..mmg ada pro dan kontra tapi harap dapat memuaskan hati beberapa pihak terutama bloger2 yang menjadikan isu video tersebut sbg post mereka..

Baiklah yang itu antara kita sedar..tapi kalo yg macamni  adakah mereka antara golongan yang berkenaan mengenai kes ini?..ada komen????hee….

Dlm senda....gambar diatas, 2 gamba seorang artis memakai pakaian cm bertudung..dan disebelah seorang pondan yang bertudung..tidak pasti samada gambar tersebut disuperimpose atau ape..cuma siapa yang haruus  disalahkn ??..pasal gamba saya tak brp tau kebenaranya?kalo sape2  tau komen lar..k..


wasalam..

Friday, September 10, 2010

dIMULAI bISMILLAH..

     Salam Aidilfitri wat semua yang mengikuti...sudar lama tidak dapat bersiaran di dalam blog d sini...kerinduan tetap ada..ssetelah sebulan kita bertarung menahan lapar dahaga dan nafsu..akhirnya tiba detik kita nantikan hari yang mulia dirai Salam Aidilfitri wat semua bloger2 yang sudi menjengok walau seketika d Kembali MAAF ZAHIR DAN BATIN (ungkapan wajib d aidilfitri)...ianya ibarat kita memperolehi kejayaan, Kemerdekaan, kemenangan tidak terhingga..


Walaupun begitu, janganlah kita menjadikan kejayaan sebagai satu kesempatan untuk kita kembali pada sesuatu tabiat tidak senang pada diri,rakan2,dan masyarakat.. Ramadan jelas mengajar umat islam supaya diri ini suci dari dosa2 silam dengan menjalani ibadah ..bulan itu patut sangat2 dirai dengan bertapa kuat dambaan diri ini (kita) sebagai hamba -Nya..dan kejayaan dirai pula dengan pemberian sambutan Hari RAya Aidilfitri pada ssemua umat Islam d seluruh dunia...selepas itu kita seakan menjadi seperti bayi yang baru lahir dengan tiada dosanya..seterusnya kita sendiri membentuk suatu karakter baik dari hati yang ikhlas..mungkin lebih baik dari dahulu..INSYAALLAH...


hehehe dengan ini dapat lar saya melepas keriduan sesangat...,akhirnya dapat juga saya berbloginn d sini....:')..selepas kes siaran tergendala...

Bebeprapa pekara d benak fikiran belum diluahkan dan dikongsi disini...dan insyaalllah sekiranya ada..bloger boley terus ke chanel Kembali ini..jadi tunggu dan lihat..

Apa yang saya buat sekarang neh?
-Dalam menyelesaika Dokumentari tentang Inovasi Polisterin
-JUga dalam projek Penyiaran Khas Aidilfitri tajuknya Ziarah Hati
-Terakhir kelas editing foto,video dan grafik

Wasalam...

p/s-ada masa saya akan berkongsi 3 pekara ini didalam blog Kembali suatu hari nanti..