...

Wednesday, September 29, 2010

“Bumi Cinta” karya bersifat international....


Bertepatan dengan tajuk novel “Bumi Cinta”. Karya Habiburrahman El Shirazy,pada pandangan saya adalah terbaik dari novel sebelumnya. Antara karya penulis ini yang mesra dipanggil Kang Abik  antaranya ialah “Ayat-Ayat Cinta”, novel “Ketika Cinta Bertasbih” episod 1 dan 2, Dalam Mighrab Cinta dan banyak lagi pernah menjadi fenomena luar biasa apabila karya2 tersebut diangkat menjadi sebuah filem. Konsep yang diketengahkan iaitu Islamik menjadi satu trademark pada penulis tersebut dalam mempersembahkan sebuah naratif penceritaan baharu dalam karangannya. Tanpa kita sedari, setelah membaca novel-novelnya ianya mengajak pembaca untuk memahami cara kehidupan seorang muslim sebenar. Kerana itulah novel hasil tulisannya banyak menggunakan tagline “Novel Pembanggunan Jiwa” yang seringkali terpampang disetiap ‘cover’ novel penulis berkenaan.

Cerita…
Bumi Cinta mempunyai perbezaan ketara dari segi jalan cerita dan begitu segar. Tidak klise seperti novel-novel lain yang banyak dipasaran kini. Adakalanya seorang penulis mungkin akan menghidangkan gambaran lebih kurang sama dengan novel terdahulu dan itu tidak berlaku pada karya “Bumi Cinta”. Sedikit tentang sinopsis selepas saya selesai membaca….
 Bumi Cinta mengisahkan Ayyas seorang Mahasiswa yang ingin membuat kajian tesisnya di Rusia disana dia terpaksa tinggal serumah dengan 2 orang perempuan yang mana berlainan bangsa dan agama malah ada seorang rakan serumahnya tidak beragama,tidak langsung mempercayai kewujudan tuhan. Lebih teruk perempuan-perempuan tersebut bersifat terlalu terbuka dengan mengamalkan pergaulan bebas jauh menyimpang dengan budaya tempatan kita dan Agama Islam. Ini menjadi tamparan hebat bagi Ayyass memandangkan dia adalah seorang lelaki yang kuat berpegang teguh dengan islam.
Berikut adalah sebab2 kenapa anda perlu membaca novel  “Bumi Cinta” :-  
  
Tarikkan
Novel ini mempunyai pengisian sampingan  tentang  Isu-isu global. Isu-isu realiti kini seperti pengemboman luar Negara, konspirasi, Sejarah menjadi antara  tarikan dalam Bumi Cinta………saya tetarik apabila penulis mengupas kisah Perlarian Syatila & Sabra yang begitu menyayat hati, Pengemboman bersifat konspirasi yang sekarang menjadi isu terhangat dunia juga terdapat dalam novel.  Sebab itu saya menyifatkan karya ini berbentuk ‘Internasional’. Ianya dekat dengan penonton khususnya masyarakat dunia.
  Tambah menarik lagi, sepanjang membaca didapati terdapat unsur-unsur suspens pada beberapa chapter mencetuskan kejutan kepada para pembaca sekaligus menyangkal segala apa yang bermain difikiran kita dimana ternyata tidak menduga kejadian yang bakal berlaku. Sebelum  sesuatu babak berlaku, cerita diselitkan dengan perjalanan setiap watak ke sesebuah tempat yang ditujui dan penceritaan keindahaan ibu kota moskow menjadikan transition dalam cerita. Paling jelas apabila penulis menceritakan ‘keadaan keretapi metro begerak membawa seribu satu perasaan pada setiap penumpangnya . ‘ Ayat tersebut merupakan salah satu transition dalam  cerita ini

Latar masa,Latar tempat memkagumkan…
 Penulis bijak mempertejemahkan latar tempat,suasana,keadaan pada ‘view’ yang berbeza sampaikan pembaca akan  terbuai dengan keindahan ciptaan tuhan dimana Alam juga turut beribadah kepada Allah.

Karakter dan perwatakkan
Selain itu pembawakan karakter cukup mempersonakan dan berkarisma. Ini dapat dilihat watak utamanya iaitu Ayyas
Watak-watak yang terlahir didalam “Bumi Cinta” tidak adapun menyerupai dengan pelbagai-bagai watak ciptaan sang penulis didalam karya sebelumnya. Penyampaiaan perwatakkan karakter jelas tepancar dan seimbang penceritaan setiap karakter di dalam novel seperti sisi gelap Watak pembantu Yelena dan Linor merupakan ‘roommate’/teman serumah Ayyas. Selain itu, Watak Prof Anatasia Palazzo turut membantu ayyas dalam menyelesaikan tesisnya.

MEmang sUNGGuh sUNGGuh sUNGGuh X rugi membaca novel ney…sebab lain dari yang lain. Secara tak lanGgsung kita MenDapat IlMu pengetahuan,Pengajaran serta pembelajaran berguna terutama tentang bagaimana Cara hidup Islam sebenar. Yang pastinya kalau sekaran ney banyak novel2 dijadikan filem…saya bayangkan  kalo novel ney  dijadikan  filem memangbest kerana novel yang saya gambarkan ini bersifat antarabangsa. Alangkah menarik jikaaa Watak linor, Yelena dan Prof Anastasia dilakonkan oleh plakon holywood terkenal wanita cam Angelina Jolie tok  watak Yelena ke…bergabung pulak dengan pelakon melayu asia tenggara dan pelakon famous Rusia memang bestttt….
Pastu pengarah filem bukan calang2 amik orang ternama seperti Majed Majid ke, Michale bay kew..pasti GemPaKKKK…
JaDi wat sumer try r baca novel neh terutama pembaca nOvel tegar..dan yg suKe membaca 


Wasalam…


Psssttt…Untuk tatapan…

No comments: