...

Friday, June 19, 2015

Jurassic World menakjubkan_rekod Box Office d Malaysia



Saya rasa sudah sekian lama kita tak disajikan dengan filem-filem bercorak pegembaraan dan Adventures berbentuk konvensional yang sangat popular dipersembahkan pada era 90an hingga lewat 2000..filem2 seperti Zathura, Chocolate Factory,Space Jam,Jumanji dan sebagainya. Memandangkan Filem sudah memasuki zaman modenisasi..Filem Sains Fiksyen kini mula beredar kepada teori Robotik,hologram, peperangan Makhluk Asing atau UFO,Peperangan Robot dan pelbagai lagi.

Tahun ney memberi sedikit kelegaan kepada penonton-penonton filem yang lebey berusia setelah keluarnya sebuah filem Adventures Sains Fiksyen Epik iaitu Jurassic World.Pada awalnya saya ingat Jurassic world merupakan remake kepada Jurassic Park..rupanya Jurassic World merupakan satu bentuk film franchise baru kepada Jurassic Park.

Jurrasic Park terdahulu tahun 1993
Poster filem yang hebat dari Jurrasic World
Seperti biasa keistimewaan film yang dihasilkan oleh Steven Spielberg ini..sangat epik dan mencipta sejarah tersendiri kerana berjaya menghasilkan dan menghidupkan Dinosaur di layar lebar. Sehinggakan subjek yang menarik ini direalisasikan dengan wujudnya event seperti Dinosaur Alive sebagau tatapan para pengujung..hampir merasai pengalaman seperti dalam filem Jurassic Park.Selain pembikinan Jurassic Park juga menjadi satu betuk research n development dalam menghasilkan karya-karya baharu  kepada penggiat filem Hollywood dimasa akan datang. ini dilihat pada petaruhan teknik Animatrobot (lebey kurang/betulkan kalau silap) semasa pembikinan bukan cgi semata-mata. 

Keadaan dalam Theme Park Jurassic World memang mengkagumkan

Untuk membandingkan filem ini dengan yang terdahulu agak perlu mengambil masa kerana saya sudah lama tidak menonton Jurassic Park bagaimanapun filem Jurrasic World ini mempunyai perkaitan antara pembukaan Jurrasic Park sebelumnya. Isu yang dibawakan berkenaan dna atau genetik proses yang dicantumkam(sorry agak teknikal kat sini) subjek bio mencetuskan ketamakkan beberapa organisasi cuba mengambil kesempatan dan mengakibat kan huru hara dan kematian free jer kepada pengunjung yang tiba ke taman tema itu.

Kehadiran watak wanita berkejayaan ney juga mempunyai chemistry dengan Chris Pratt didalam Jurrasic World. Dia digambarkan seorang yang seksi dan tingkah lakunya agak lawak dan berani memberi variasi dalam cerita
Sekali lagi Hollywood mengangkat wajah-wajah Asia kedalam filem mereka.
 Ini mengambarkan, penglibatanAktor Asia mampu menjana pendapatan.. Tidak sabar
 menunggu Captain America 3 yang menggunakan khidmat pelakon veteran terkenal Indonesia
Peggunaan penataan warna dan suasana latar dalam filem ini dilihat agak klasik dan mampu membangkit nostalgia kepada beberapa perasaan penonton2 filem ini ketika era 90an..sebagai penonton saya merasa sesuatu menarik apabila pengarah telah membawa penonton menyelusuri hutan
serta melihat segala yang ada didalam Jurrasic World..seakan-akan kita yang pergi ketempat itu..bukan setakat melihat permain karakter sahaja yang merasai suasana taman tema yang menakjubkan . Sekiranya membawa kanak-kanak mesti mereka teruja bila melihat dan mengenal dinosaur tetapi apa yang membimbangkan adalah sikap ganas yang ditonjolkan haiwan itu mungkin memberi ketakutan kepada anak-anak.

Lakonan bersahaja oleh Chris Pratt sebagai hero amat bertepatan dan kekadang terbawak-bawak sedikit humor
 memandangkan pelakon ini pernah menjadi teraju utama dalam The Rise of Guardian 
Ty adalah pertaruhan aktor yang meyakinkan kerana telah terlibat filem terkenal seperti Insidious dan Iron Man
berbanding Nick (sebelah kanan gambar) watak kurang menyerlah tetapi kehadirannya dilihat sebagai daya penarik
 bagi gadis-gadis remaja supaya menonton filem ini

Saya suka pembawakan kesmua karakter terutama pemilik Jurassic World yang merupakan aktor hidustant dimana dia seorang yang bertanggungjawab dan berani itu telah menunjukkan satu sub plot yang dapat memberi warna kepada cerita ini.

Saya rasa generasi pembikin film ini berjaya mencipta satu era baru dunia jurassic memandangkan filem ini tidak lagi diarahkan oleh Steven tetapi mungkin nasihat dan tunjuk ajar secara team work mampu menghasilkan keaslian setelah 15tahun lebih filem ini berlalu.Sebagaimana diniatkan oleh Steven dia ingin melihat pembaharuan atau Era baru dunia Jurrasic tanpa menghadirkan karakter2 lama kecuali BDWong bertindak sebagai doktor dalam Jurtasic World..

Adakah mereka telah merancang pembikinannya kepada skala yang besar berkemungkinan menyatukan karakter baru dan lama?...buat masa ney belum ada berita lagi..tetapi kejayaan memecahkan rekod box Office pada minggu pertama tayangan mengalahkan Harry Potter adalah sesuatu boleh dijangka..disebabkan Jurassic World dibuka sebagai tontonan kekeluargaan yang mampu menyumbang jumlah kutipan.
Scene Howard bangkitnya T-Rex
Cuma beberapa ayat kesat yang tidak sesuai masih terpacul dalam dialog karakter yang bagi saya tidak sesuai untuk kanak-kanak..sikap LPF me'mute' ayat-ayat wajar dipuji kerana tugas mereka dan jangalah sebagai penonton mengecam tindakkan ini kerana secara berfikir waras kita masih dikawal dalam ruang lingkup budaya malaysia.Sekian..



Wednesday, June 17, 2015

Insidious Chapter 3 Menyeramkan_Plot masih berbisa ~review

Poster yang simple ney pun dar nampak seram..
gambar entiti di langsir tingkap 
Hai semua minggu ney sy truskan review movie...almaklumlah kekadang ney kita perlu masa memilih movie apa yg best utk ditonton..saya tak tau kenapa perasaan rse sngt excited utk menonton Insidious..yg kini memasuki bahagian ke 3 atau Chapter3..berbanding movie2 len penerbit atau creator cuba mengambil tajuk yg istimewa dr Movie2 sedia ada...penggunaan ayat seperti   Insidious:Chapter2 seterusnya ke Chapter3 memberi keunikkan sendiri kerana kebiasaanya penggunaan ayat ini biasa digunakan dalam mana2 bentuk naskhah penceritaan buku atau novel..penerbit cuba membuat kelainan dengan mengaplikasi style ini kepada  tajuk kepada filem..tak hairanlah jika sesebuah penghasilan filem bermula dengan naskhah penulisan..sengaja atau kita tidak tahu..mungkin penggunaan chapter tu sudah terhasil dlm penulisan semasa proses pra produksi lagi..



Ok first impressiion saya..sngt yakin dengan plot yg dibawakan penulis yang juga sebagai pengarah untuk kali ini..berbanding  2 filem sebelum iaitu Insidious dan Chapter2  ditangani oleh James Wang..Adakah dengan penukaran kerusi pengarah akan merencatkan filem ini sebagaimana yang berlaku keatas filem spin off Conjuring iaitu Anabelle..saya tidak befikir begitu..entahlah utk Insidious ney saya begitu merasakan ada pekara yg belum habis diceritakan sepanjang 2 sequel telah berlangsung..Mengharapkan sesuatu yang memberikan kepuasan kalu tidak pun filem yang masih baik dlm pembikinan cerita hantu sequel..akhirnya saya dapat semuanya dalam cerita ini..pengarah berjaya mengekalkan konsep insidious dari corak penceritaan dan konsep ternyata tidak keluar landasan filem ini..selain itu anda akan terima beberapa hal yang belum diceritakan sebelum ini tetapi berkaitan dengan cerita terdahulu..walaupun kisah keluarga dihantui pada dua chapter sebelum ini..tidak diceritakan..Ternyata tiada kerisauan saya terhadap filem.ini...sebelum ini pengarah yang sentiasa dibernaung sebagai penulis skrip dalam mana2 filem kendalian James Wang mampu dan tahu mengendalikan keaslian plot penceritaan..


Chapter 2 ditekankan tentang kisah Ellie yang kita semua sudah tahu mempunyai kelebihan berhubung dengan roh kini merupakan tonggak utama kisah ini berbanding film sebelumnya..dia cuba mnyelesaikan masalah ganguan sesebuah keluarga dan cerita lebey tertumpu kepada keluarga tersebut ..di Chapter 3 Ellie digambarkan hilang keyakinan membantu orang yg mengalami masalah ganguan roh..keinginan utk menolong Quinn bertambah buntu setelah terpaksa melawan roh jahat pada Chapter2..yg cuba membunuhnya tetaapi gagal..sebenarnya roh itu telah membunuhnya sebagaimana telah dijanjikan pada chapter2..jadi Chapter3 adalah kisah sebelum berlaku kematiannya.Namun dia tidak berputus asa melawan ketakutan lalu trus membantu Quinn..
Ellie semasa di alam roh

Penceritaan yang sukar dijangka adalah pertemuan Ellie dengan Team Paranormal..yang menguatkan kembali Insidious sebagai suatu cerita dan saya perasan Ellie memakai baju kontra menunjukkan keceriaan dan kebangkitan dia keluar dari trus bekurung dan melawan Roh Jahat. Pada Insidious bahagian 3 ini juga sedikit elemen lawak yg tidak keterlanluan dimasukkan menjadikan filem ini sedikit berbeza terdahulu..tahniah pembikin filem ini.Kepada yang tonton try r tgk pasti tak mengecewakan..kepada yang baru menonton masih boleh memahami jalan cerita dan tidak perlu risau dengan kisah2 insidious sebelum.

Cuma saya tertunggu-tunggu style keluarnya text title yang mengejutkan bertulis Insidious seperti filem2 seram Jame Wang yang tidak terdapat pada Filem ke 3 ini..so x pe lar..benda tu hal minor..yg penting pembikin filem ini tak mengecewakan saya sebagaimana filem sequel seram lain yg bagi saya dar x de modal nak diceritakan tapi tetap buat dengan konsep recycle seperti Paranormal Activuty..Poltageist..n cter apatah lagi satu yg hantu dari rakaman bnyk2 pembunuhan dalam satu rumah pun recycle..

Hantu cerita dalam ney juga bley tahan aksi seramnyer yg jarang dapat kita bayangkan..macam mana entiti itu mengejutkan sbelum ini Insidious menunjukan bayangan seram wanita bebibir merah dan bergaun..kali ini sosok lelaki hantu yg menyeramkan segelintir penonton..dan sound effect serta lagu seram dikekalkan masih  terbaek telah menjadi hak cipta kepada filem ini yang boleh didownload di mana2 pay soundwebsite..saya boleh memberi 4 bintang dari 5..sekian

Sunday, June 14, 2015

Hunger Games: Mockingjay Part2 bakal Terbaek ~review trailer

      Salam..berteman lagi kita di blog Kembali..pernah tak u all tengok film2 antarabangsa adaptasi dr Novel...tajuknya Hunger Game..seperti kita tau Novel Fantasi yg diangkat Hollywood..boleh saya katakan selevel dengan Hunger Game..ialah Harry Potter dan juga Lord Of The Ring...tapi lagi best film The Hobbit ghasenye..Harry Potter plak misteri dan magis..mula2 best lelama bosan jugak...beza lak dengan citer Hunger Game ney bagi saya  permulaan sangat xbest pun..tapi lelama best lak jd excited nak tgk sambungannya hingga ke Ending.


Saya tak der r mint cter Hunger Game ney..saya tonton secara x sengaja..n bila dicomparekan style Hunger Game dar macam ceghiter2 Anime Live Action Jepun macam Royal Rumble...Btoom so x de ler nampak originality..mcm da dapat agak dan sebagainya..dr memula tgk secara x sengaja...n sambung lak degan seq Hunger Game:Catching Fire..itu pun x sengaja sebab tetiba rasa bosan..

Peceritaan dia senang jer nak tahu..dsebabkan mcm live action royal rumble..jadi kisah dia mengenai..beberapa orang terpilih dlm pertempuran survival..mereka semua harus bunuh berbunuhan utk meneruskan survival..dan siapa menang akan trus hidup... jadi apa yg best kalu dar tau mcm cter jepun yg len..adkh penulis ney ada tgk2 ceghite anime jepun...

Yer Hunger Game...tidak lah sepenuhnya mencedok kisah mcm Royal Rumble..tu..sebernarnya plot Hungger Game lebey daripada itu..ia berkenaan dengan sistem  politik seakan nampak kapitalism..yg sebenarnya dalam diam adalah canibalism..mengimpikan daging masyarakat kasta rendah setiap daerah.. Pertumpuhan darah manusia semata2 utk kuasa..

Ney lah Mockingjay lambang Revolusi menentang Capitol..

Memasuki sequel ketiga Monkingjay Part1..dan yang sebenarnya tak terasa nak tengok pown sebab ramai penonton cakap x best..tetiba disebabkan Hungger Game:Cathing Fire tu mcm excited lak nak tau kesinambungan dia..memang penghujung sequel membuat kan kita x sabar nak tau kesudahanya.

Then bila berkesempatan menonton Hunger Game:Monkingjay Part1..akhirnya saya berpendapat sebenarnya BEST..saya rasa..ia merupakan plot yg bagus dan ada kekuatan nyer..dan pelik kenapa ramai x suka..adakah mereka x follow cter tu n durg miss something dlm plot ataupun sebab x de scene lelawan kot org tak suke....untuk review kali ney sy malas nak bedah secara teknikal plot..but sebagaimana cte mat saleh len..Hunger Game ney banyak rintagan demi rintangan mereka tempuh utk membangkitkan revolusi sedangkan karakter yg ditangani oleh actress yg berlakon sebagai mystiq dlm xmen ney..sbg cass merupakan seorang yg mempunyai perasaan tidak percaya diri dan kurang keberanian tetapi seorang yang sukakan keamanan..namun dia adalah harapan atau simbol kebangkitan revolusi sangat menarik utk diketengahkan kisah itu...

Kerana Itu Hunger Game Monkingjay part1 adalah setup plot yang bagus..disebabkan menjadi penghubung kepada Pertempuran Maha DaSYAt antara rakyat penentang dengan Capital pada masa akan datang..sekiranya part1 ney tidak ada bermaksud pincanglah pengakhiran Hunger Game yang boleh membuatkan anti klimaks penceritannya.


Cuma apa yg menjadi tanda tanya adalah hubungan Finnic dengan Annie dan Mags..disebabkan saya x pernah baca novel ney..saya nak tahu..bagaimana Masg adalah kunci kekuatan kepada Fin dan apa kaitan dengan Annie... agak curious disitu.. bagaimana Mags yang berusia dan tidak kuat boley bertahan dalam Hunger Game?..sebab saya tgk x de bakat yg ada pada Mag..tetapi dia juga antara yg berjaya survive dalam game yang penuh kejam tur..mungkin kat novel ada diceritakan..sape2 yang tau n da baca..sharing2 lar pada saya yer..kalu ikut firasat saya mungkin Mags bantu fin utk volunter selamatkan Annie dr masuk bertanding dalam Hunger Game..sebab fin terhutang budi dia bantu Mag utk bertahan dalam game sehingga berjaya...

Yeahhh..n lastly yeahhhh excited giler nak tengok Hunger Game: Mockingjay Part 2 sambungan Akhirnya..pelik kan dr mula2 mcm x minat langsung..tetapi dengan tertengok sahaja..membuatkan final movie ney wat kan saya x sabar tunggu..hehehe

Hungger Game Terbaekkk....Catching Fire ney Survive antara pemenang-pemenang..

                 Saksikan Trailer Hunger Games: Mockinjay Part2 akan datang yang GempaKK





Wednesday, June 10, 2015

Trend Artis Bertudung bah.2


Gambar Wardina first..sebab dia memulakan penghebahan pemakaian tudung secara kormesial..sehingga kini permakaian tudung bukan sesuatu yang tepu untuk dibacarakan.                        
     Salam..ari ney saya lanjutkan satu tajuk iaitu Trend Artis Bertundung part 2...Memandangkan tajuk ini mendapat viewer yang tinggi dalam data Kembali.blogspot..subjek ini diperbaharui  saya supaya dapat memperbaiki kekurangan pada topik yang lepas., Selain memberi serba sedikit perkembangan yang sangat positif berkenaan Trend Artis Bertudung di Malaysia kini . Kepada yang belum membaca topik ini dahulu anda bley klik ke  Trend Artis Bertudung bah.1. Berbanding sebelum ini luahan tulisan disampaikan berbentuk sindiran. Sehingga dapat komen yg tertulis "life masing2 kan, nak orang ikot sume bertudung susah kot". Memperbetulkan luahan yang berkurun, Oleh itu, kali ini saya lebih positif dengan perkembangan trend bertudung artis Malaysia.

Sangat terinspirasi apabila apa dilakukan mereka secara tidak langsung menarik ramai lagi wanita-wanita lain untuk turut sama menutup aurat. Seperti yang kita tahu mereka  yang telah bertudung ini bukan sahaja menjadikan tudung sebagai fesyen yang kebanyakkannya ramai menghentam apabila mereka berfesyen berlebih-lebihan, tetapi mereka sebenarnya dapat mengasuh diri dalam menimba ilmu agama dan meningkatkan diri supaya menjadi lebeh baek.


TAaaaDDAHHH!!! Yeahhhhh...Erra Fazira dah bertudung...berita Gembira

Terbaharu Erra Fazira juga mengumumkan dirinya untuk Bertundung, dan memang sangat manis tengok artis yang  digelar sebagai Primadona ini bertundung, dia juga antara selebriti yang boleh memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan baik walaupun dia seorang berpewatakkan boyish pada masa muda dan mampu membawa motor berkuasa tinggi.Itu adalah bakat Erra Fazira ineyh.

Ada juga diantara artis yang sudah berubah dengan cara berniqab..ini lagi spesiall..
                       


Tulisan saya yang lepas juga ada sedikit kecewa dengan cara pemakaian bertudung mereka..tetapi setelah 5 tahun lebey..mereka totally berubah dengan lagi baik serta besederhana..Syabas kepada dua selibriti ini...



Apa yang menjadi kekaguman saya, antara mereka bukan sahaja selebriti 'kosong', mereka kini mampu memberi ceramah dan bimbingan kehidupan diselitkan ilmu agama malah mereka juga mampu   membaca Al-Quran seperti yang boleh ditonton bacaan mereka di RTM ketika bulan ramadan ataupun check di Youtube. Itu telah menunjukkan keinginan ataupun asuhan agama tetap menjadi pegangan mereka walaupun kekurangan itu ada. Mereka juga bergiat aktif dalam aktivis kemanusiaan. Semestinya artis utama yang mendorong  artis2 wanita kearah ini adalah Wardina Safiyah, Heliza Helmi diikuti  Diana Amir,  Yatt Hamzah sentiasa memberi ceramah  dan nasihat bernas. Diikuti Salima Af 4,Siti Fazurina dan ramai lagi.

Heliza Helmi ikon bertudung yang mengajak selebriti lain melakukan pekara yang bermanfaat dan juga menjadi penceramah motivasi juga.
                                         
Irma Hasmie antara artis yang dar lama bertudung..kini menjadi pengacara di Tv AlHijrah

                                             
                                             
                                             
                                                     
Kredit pada owner nyer gambo/....
Generasi-generasi selebriti terbaharu yang telahpun bertundung..sebelum ini saya tidak pernah bercerita tentang mereka kerana pada tahun itu mereka belum lagi dikenali..diselitkan gambar-gambar selebriti wanita yang kita tak jangka mereka pun bakal bertudung


Kalau ikutkan Ayu Raudhah ney dah lama bertududung boleh saya katakan kebanyakkan time artis tak ramai pakai tudung pada era 2000 dan keatas..Ayu Radhah banyak mendapat karakter gadis bertudung dalam drama ketika itu. 
Sebagai penyanyi terkenal di China Shila tidak bermasalah dengan pemakaian tudungnya.
Siti Sarah kini menumpukan perniagaanya dan cuba keluar dari bidang kepopular .Kekadang seronok tengok dia ney berlakon.
Permakaian tudung bersahaja Adira..heee
Diana Rafar juga dikhabarkan memberi ceramah-ceramah motivasi setelah pelbagai dugaan yang berlaku pada dirinya.
Sapa tak kenal minah neyh..selain merupakan pelajar pintar dia juga serba sedikit nampak mantang dalam pertuturanya kini.
                                   

                                    

Amacam dari gambar pun dan menampakkan perkembangan yang baik berkenaan dengan selebriti bertudung.. ini baru jer berapa...banyak,..dan banyak lagi..tak dipaparkan macam kak Ziana, plus Personaliti TV dan Banyak lagi.....Tahniah Diucapkan mereka...Semoga  mereka terus tawadhuk dalam melakukan segala urusan dalam kehidupan...




Saturday, June 6, 2015

Ikon Fauna: Haiwan Yang Menjadi 'Duta Kecil' Kepada Sesebuah Syarikat

Salam 1 KEMBALI kepada yop dan yong di balik tirai skrin..Teman udah KEMBALI di sini untuk meneruskan lipur lara teman..agak lama jari jemari teman tidak menari mengarang cerita penuh informasi..Cewahh Ajer Gemor! Al maklumlah, teman mengumpul material macam Dayang Nurfaizah dan Akim & The Magistrate mengumpul material nak buat lagu..Ajer Nyer Iyer..Baiklah, tak mahu panjang lebor sesat larat kona sana kona sini..straight to the point mcm orang Bota cakap..

Kalau entri sebelum ni, teman cerita pasal rahsia troli yang sesetengah daripada mengkome tak tahu tapi kali ni teman nak kongsi pasal jenama pakaian dan aksesori pula..yop dan yong perasan tak, kadangkala kita jalan-jalan membeli belah, kita nampak macam-macam jenama pakaian dan aksesori yang dijual..tak kiralah jenama dalam negara ke, luar negara ke..memang berlambak-lambak jenama atau bahasa mudahnya orang dedulu panggil 'cap'..

Teman tertarik dengan beberapa syarikat yang menggunakan Ikon Fauna (dunia haiwan) sebagai jenama untuk pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang mereka keluarkan..Mengapa haiwan? Teman masih tertanya-tanya mengapa syarikat-syarikat tersebut sangat menghargai Fauna sehingga menjadikan beberapa ikon haiwan sebagai 'Duta Kecil' syarikat mereka..

Setelah lama teman meneliti, membuat analisis dan bersembang dengan beberapa rakan-rakan teman di medan pemasaran, dapat teman simpulkan bahawa dengan menggunakan ikon haiwan pada reka bentuk sesuatu logo dalam penghasilan jenama sesuatu produk, ianya merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk menggambarkan 'value' sesuatu produk atau sifat-sifat teras yang menjadi identiti sesebuah syarikat..

Di bawah ini, teman telah mengumpulkan beberapa jenama pakaian dan aksesori yang menggunakan Ikon Fauna sebagai sebuah 'jalan cerita' atau identiti bagi sesuatu produk..Saksikan sendiri dan nilai dengan pancaindera yang dianugerahkan kepada mengkome..


1. CHEETAH (haiwan:cheetah / produk:pakaian bayi,kanak-kanak,dewasa)

 



2. PONEY (haiwan:kuda padi / produk:pakaian bayi dan kanak-kanak)

 

3. HUSH PUPPIES (haiwan:anjing 'hush' / produk:pakaian,kasut,jam tangan)

 


4. CAMEL ACTIVE (haiwan:unta / produk:pakaian,kasut,aksesori)

 

5. CROCODILE (haiwan:buaya / produk:pakaian,aksesori)

 

6. CROCS (haiwan:buaya / produk:sandal,kasut)

 


7. LACOSTE  (haiwan:buaya / produk:pakaian,aksesori,minyak wangi)

 


8. PUMA (haiwan:singa gunung / produk:pakaian sukan,kasut)

 


9. PLAYBOY (haiwan:arnab / produk:pakaian,aksesori)

 


10. FIPPER (haiwan:gajah / produk:selipar)

 

11. LADYBIRD (haiwan:kumbang kura-kura / produk:pakaian kanak-kanak)

 

12. POLO HAUS (haiwan:kuda / produk:pakaian,aksesori)

 

13. GAJAH DUDUK (haiwan:gajah / produk:kain pelikat,baju melayu)

 

14. SNAILS / SNAILS & SONS (haiwan:siput babi / produk:pakaian kanak-kanak,pakaian dewasa)

 


15. CAP AYAM (haiwan:ayam jantan / produk: kemeja-T berleher bulat)

 


Teman rasa cukup setakat ini entri teman buat kali ini. Teman minta diri dulu kerana nak memikior(berfikir) apa lagi perkara yang ingin teman kongsikan di masa akan datang. Tunggu teman punya bicara ya..SALAM SAYANG YOP YONG..UNTUK KOME AJER..