...

Friday, June 19, 2015

Jurassic World menakjubkan_rekod Box Office d Malaysia



Saya rasa sudah sekian lama kita tak disajikan dengan filem-filem bercorak pegembaraan dan Adventures berbentuk konvensional yang sangat popular dipersembahkan pada era 90an hingga lewat 2000..filem2 seperti Zathura, Chocolate Factory,Space Jam,Jumanji dan sebagainya. Memandangkan Filem sudah memasuki zaman modenisasi..Filem Sains Fiksyen kini mula beredar kepada teori Robotik,hologram, peperangan Makhluk Asing atau UFO,Peperangan Robot dan pelbagai lagi.

Tahun ney memberi sedikit kelegaan kepada penonton-penonton filem yang lebey berusia setelah keluarnya sebuah filem Adventures Sains Fiksyen Epik iaitu Jurassic World.Pada awalnya saya ingat Jurassic world merupakan remake kepada Jurassic Park..rupanya Jurassic World merupakan satu bentuk film franchise baru kepada Jurassic Park.

Jurrasic Park terdahulu tahun 1993
Poster filem yang hebat dari Jurrasic World
Seperti biasa keistimewaan film yang dihasilkan oleh Steven Spielberg ini..sangat epik dan mencipta sejarah tersendiri kerana berjaya menghasilkan dan menghidupkan Dinosaur di layar lebar. Sehinggakan subjek yang menarik ini direalisasikan dengan wujudnya event seperti Dinosaur Alive sebagau tatapan para pengujung..hampir merasai pengalaman seperti dalam filem Jurassic Park.Selain pembikinan Jurassic Park juga menjadi satu betuk research n development dalam menghasilkan karya-karya baharu  kepada penggiat filem Hollywood dimasa akan datang. ini dilihat pada petaruhan teknik Animatrobot (lebey kurang/betulkan kalau silap) semasa pembikinan bukan cgi semata-mata. 

Keadaan dalam Theme Park Jurassic World memang mengkagumkan

Untuk membandingkan filem ini dengan yang terdahulu agak perlu mengambil masa kerana saya sudah lama tidak menonton Jurassic Park bagaimanapun filem Jurrasic World ini mempunyai perkaitan antara pembukaan Jurrasic Park sebelumnya. Isu yang dibawakan berkenaan dna atau genetik proses yang dicantumkam(sorry agak teknikal kat sini) subjek bio mencetuskan ketamakkan beberapa organisasi cuba mengambil kesempatan dan mengakibat kan huru hara dan kematian free jer kepada pengunjung yang tiba ke taman tema itu.

Kehadiran watak wanita berkejayaan ney juga mempunyai chemistry dengan Chris Pratt didalam Jurrasic World. Dia digambarkan seorang yang seksi dan tingkah lakunya agak lawak dan berani memberi variasi dalam cerita
Sekali lagi Hollywood mengangkat wajah-wajah Asia kedalam filem mereka.
 Ini mengambarkan, penglibatanAktor Asia mampu menjana pendapatan.. Tidak sabar
 menunggu Captain America 3 yang menggunakan khidmat pelakon veteran terkenal Indonesia
Peggunaan penataan warna dan suasana latar dalam filem ini dilihat agak klasik dan mampu membangkit nostalgia kepada beberapa perasaan penonton2 filem ini ketika era 90an..sebagai penonton saya merasa sesuatu menarik apabila pengarah telah membawa penonton menyelusuri hutan
serta melihat segala yang ada didalam Jurrasic World..seakan-akan kita yang pergi ketempat itu..bukan setakat melihat permain karakter sahaja yang merasai suasana taman tema yang menakjubkan . Sekiranya membawa kanak-kanak mesti mereka teruja bila melihat dan mengenal dinosaur tetapi apa yang membimbangkan adalah sikap ganas yang ditonjolkan haiwan itu mungkin memberi ketakutan kepada anak-anak.

Lakonan bersahaja oleh Chris Pratt sebagai hero amat bertepatan dan kekadang terbawak-bawak sedikit humor
 memandangkan pelakon ini pernah menjadi teraju utama dalam The Rise of Guardian 
Ty adalah pertaruhan aktor yang meyakinkan kerana telah terlibat filem terkenal seperti Insidious dan Iron Man
berbanding Nick (sebelah kanan gambar) watak kurang menyerlah tetapi kehadirannya dilihat sebagai daya penarik
 bagi gadis-gadis remaja supaya menonton filem ini

Saya suka pembawakan kesmua karakter terutama pemilik Jurassic World yang merupakan aktor hidustant dimana dia seorang yang bertanggungjawab dan berani itu telah menunjukkan satu sub plot yang dapat memberi warna kepada cerita ini.

Saya rasa generasi pembikin film ini berjaya mencipta satu era baru dunia jurassic memandangkan filem ini tidak lagi diarahkan oleh Steven tetapi mungkin nasihat dan tunjuk ajar secara team work mampu menghasilkan keaslian setelah 15tahun lebih filem ini berlalu.Sebagaimana diniatkan oleh Steven dia ingin melihat pembaharuan atau Era baru dunia Jurrasic tanpa menghadirkan karakter2 lama kecuali BDWong bertindak sebagai doktor dalam Jurtasic World..

Adakah mereka telah merancang pembikinannya kepada skala yang besar berkemungkinan menyatukan karakter baru dan lama?...buat masa ney belum ada berita lagi..tetapi kejayaan memecahkan rekod box Office pada minggu pertama tayangan mengalahkan Harry Potter adalah sesuatu boleh dijangka..disebabkan Jurassic World dibuka sebagai tontonan kekeluargaan yang mampu menyumbang jumlah kutipan.
Scene Howard bangkitnya T-Rex
Cuma beberapa ayat kesat yang tidak sesuai masih terpacul dalam dialog karakter yang bagi saya tidak sesuai untuk kanak-kanak..sikap LPF me'mute' ayat-ayat wajar dipuji kerana tugas mereka dan jangalah sebagai penonton mengecam tindakkan ini kerana secara berfikir waras kita masih dikawal dalam ruang lingkup budaya malaysia.Sekian..



3 comments:

eita said...

kite pun suke tengok citer2 gini

eita said...

kite pun suke tengok citer2 gini

Violet Sofia said...

Kita tasuke tengok citer seram. Hehehe. Done follow blog naim. If sudi, follow la blog Sofia juga ya. Selamat berpuasa, naim. ^_~