...

Saturday, June 6, 2015

Ikon Fauna: Haiwan Yang Menjadi 'Duta Kecil' Kepada Sesebuah Syarikat

Salam 1 KEMBALI kepada yop dan yong di balik tirai skrin..Teman udah KEMBALI di sini untuk meneruskan lipur lara teman..agak lama jari jemari teman tidak menari mengarang cerita penuh informasi..Cewahh Ajer Gemor! Al maklumlah, teman mengumpul material macam Dayang Nurfaizah dan Akim & The Magistrate mengumpul material nak buat lagu..Ajer Nyer Iyer..Baiklah, tak mahu panjang lebor sesat larat kona sana kona sini..straight to the point mcm orang Bota cakap..

Kalau entri sebelum ni, teman cerita pasal rahsia troli yang sesetengah daripada mengkome tak tahu tapi kali ni teman nak kongsi pasal jenama pakaian dan aksesori pula..yop dan yong perasan tak, kadangkala kita jalan-jalan membeli belah, kita nampak macam-macam jenama pakaian dan aksesori yang dijual..tak kiralah jenama dalam negara ke, luar negara ke..memang berlambak-lambak jenama atau bahasa mudahnya orang dedulu panggil 'cap'..

Teman tertarik dengan beberapa syarikat yang menggunakan Ikon Fauna (dunia haiwan) sebagai jenama untuk pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang mereka keluarkan..Mengapa haiwan? Teman masih tertanya-tanya mengapa syarikat-syarikat tersebut sangat menghargai Fauna sehingga menjadikan beberapa ikon haiwan sebagai 'Duta Kecil' syarikat mereka..

Setelah lama teman meneliti, membuat analisis dan bersembang dengan beberapa rakan-rakan teman di medan pemasaran, dapat teman simpulkan bahawa dengan menggunakan ikon haiwan pada reka bentuk sesuatu logo dalam penghasilan jenama sesuatu produk, ianya merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk menggambarkan 'value' sesuatu produk atau sifat-sifat teras yang menjadi identiti sesebuah syarikat..

Di bawah ini, teman telah mengumpulkan beberapa jenama pakaian dan aksesori yang menggunakan Ikon Fauna sebagai sebuah 'jalan cerita' atau identiti bagi sesuatu produk..Saksikan sendiri dan nilai dengan pancaindera yang dianugerahkan kepada mengkome..


1. CHEETAH (haiwan:cheetah / produk:pakaian bayi,kanak-kanak,dewasa)

 



2. PONEY (haiwan:kuda padi / produk:pakaian bayi dan kanak-kanak)

 

3. HUSH PUPPIES (haiwan:anjing 'hush' / produk:pakaian,kasut,jam tangan)

 


4. CAMEL ACTIVE (haiwan:unta / produk:pakaian,kasut,aksesori)

 

5. CROCODILE (haiwan:buaya / produk:pakaian,aksesori)

 

6. CROCS (haiwan:buaya / produk:sandal,kasut)

 


7. LACOSTE  (haiwan:buaya / produk:pakaian,aksesori,minyak wangi)

 


8. PUMA (haiwan:singa gunung / produk:pakaian sukan,kasut)

 


9. PLAYBOY (haiwan:arnab / produk:pakaian,aksesori)

 


10. FIPPER (haiwan:gajah / produk:selipar)

 

11. LADYBIRD (haiwan:kumbang kura-kura / produk:pakaian kanak-kanak)

 

12. POLO HAUS (haiwan:kuda / produk:pakaian,aksesori)

 

13. GAJAH DUDUK (haiwan:gajah / produk:kain pelikat,baju melayu)

 

14. SNAILS / SNAILS & SONS (haiwan:siput babi / produk:pakaian kanak-kanak,pakaian dewasa)

 


15. CAP AYAM (haiwan:ayam jantan / produk: kemeja-T berleher bulat)

 


Teman rasa cukup setakat ini entri teman buat kali ini. Teman minta diri dulu kerana nak memikior(berfikir) apa lagi perkara yang ingin teman kongsikan di masa akan datang. Tunggu teman punya bicara ya..SALAM SAYANG YOP YONG..UNTUK KOME AJER..




2 comments:

KeMBaLI™ said...

gHASENYeR ape sebab haiwan slalu dijadikan logo produk pakaian semua?...selain ikonik..nengok produk2 tu pun dar macam ghuper haiwan...x yah boh logo..beg dompet crocodile da rupa mcm crocodile..kasut camel..dar rupa bentuk unta kan..

Maria Firdz said...

mesti ada mkna disebalik loga dan jenama tu..