...

Sunday, May 23, 2010

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA (Part1)

BILA SANG BUNIAN MULA BERBICARA

Hujan lebat yang turun sejak petang tadi lagi menyebabkan pandangan mata Azmi yang sedang memandu agak terbatas. Dengan penuh hati-hati,Azmi memegang erat stering kereta dan menekan pedal minyak perlahan-lahan. Bimbang nanti terlanggar kenderaan lain.

“Lebatnya hujan malam ni. Jalan pun tidak nampak.” Monolog Azmi sendirian. Dia memandang jam di tangan,sudah pukul 11.30 malam. Matanya kembali memandang kedepan. Saat itu,telefonnya berdering. Azmi memperlahankan kelajuan kereta. Matanya melihat skrin telefon bimbit,panggilan dari insan kesayangannya,Shasha. Lantas Azmi memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Sebaik sahaja Azmi mengangkat talian telefon,terdengar suara isterinya yang manja.

“Abang..kat mana ni?? Janji nak balik awal..sayang tunggu tau.”

“Abang tengah drive ni. Kejap lagi abang sampai. Hujan lebatlah,susah sikit nak drive. Faham-faham sajalah. Ada 24 kilometer lagi ni.” Balas Azmi.

“Jangan lambat sangat tau. Risau sayang kat rumah.”

“Yes madam sayang..sampailah abang nanti..sayang tidurlah dulu tau. Jangan tunggu abang.”

“O.k abang. Hati-hati. Sayang sayang abang.”

Azmi memandang kedepan dan mula meningkatkan kelajuan keretanya. Sebenarnya,dari tadi lagi Azmi rasa tidak sedap hati. Fikirannya bercelaru. Banyak masalah yang dia fikirkan. Saham syarikatnya sekarang makin merundum. Azmi nyaris-nyaris diisytiharkan muflis. Dengan jawatan pengarah yang dipegangnya,terasa tekanan itu amat memeritkan serta membebankan. Isterinya belum mengetahui hal ini. Malam ini, dia ingin memberitahu hal ini pada isterinya. Kalau boleh,dia ingin meminta bantuan isterinya. Azmi perlu sejumlah wang untuk stabilkan kewangan syarikatnya. Hanya itu jalan penyelesaian terakhir bagi Azmi. Fikirannya sudah menjadi buntu. Sambil ngetuk-ngetuk stering kereta,Azmi menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu yang berkumandang dalam keretanya. Azmi sedikit lekat,tanpa dia sedari di depannya ada seorang perempuan tua sedang melintas jalan. Azmi membunyikan hon dan menekan pedal brek sekuat hati. Terdengar bunyi tayar diseret di atas jalan. Perempuan tua itu bernasib baik kerana Azmi dapat mengelak dari terlanggarnya. Bukanlah nasib yang baik rupanya..tetapi permulaan perjalanan yang jauh buat Azmi. Sebaik sahaja dia berjaya mengelak dari melanggar perempuan tua itu,keretanya terjunam ke dalam gaung yang dalam. Dan Azmi..

“Mana abang ni. Dah lewat ni.” Cetus hati Shasa,isteri Azmi. Tangannya pantas menekan-nekan kekunci telefon di tangannya. Dia cuba beberapa kali mendail nombor suaminya,tapi tidak berangkat. Hatinya rasa tidak tenteram. Sekejap dia berbaring,sekejap berdiri. Sudah puas dia cuba menutup mata untuk tidur,tetapi matanya agak liat dan gerak hatinya bagai berkata ada kejadian yang tidak elok terjadi. Dan sekarang,Shasa teringatkan suaminya yang masih belum sampai-sampai lagi kerumah. Dia risau kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak di inginkan terhadap suaminya.

“Abang, angkatlah telefon ni. Mana pulak perginya.” Monolog Shasa. Matanya tidak lepas dari memandang jalan yang menyambungkan rumahnya dengan jalan besar.

Azmi tersedar dari pensan. Matanya memandang sekeliling dengan lemah. Mukanya dipenuhi kaca. Nasibnya baik kerana tidak mengalami patah tangan ataupun patah kaki. Hanya calar-calar dan seliuh di tangan. Kakinya tersepit. Kepalanya ada kesan lebam. Azmi sudah tidak mampu buat apa-apa. Hanya mampu menjerit-jerit meminta tolong.

“Tolong! Tolong! Tolong!”

“Ya Allah,tolonglah hambaMu ni. Aku dalam kesusahan.” Rintih Azmi dalam kesakitan. Matanya terasa berpinar. Alam di sekeliling terasa berputar-putar. Azmi pengsan dan terjelupuk lemah.


..Daeng..

2 comments:

DaRa said...

apa yang trjdi pada azmi?
teruskam dgn sambungan..

Sari Dahlia said...

teruskan...teruskan..leh wat skrip ;)