...

Monday, March 8, 2010

Inspirasi Kembali

Gambaran dari ilustrasi visual kami

Kembali merupakan sebuah filempendek dari kami Hikayat Urban Pictures yang masih dalam proses Pra-Produksi. Tercetus nya idea untuk menghasilkan filem ini adalah setelah mendapat tugasan dimana kumpulan kami telah diberi tema untuk menghasilkan filem epik....setelah dibuat pilihan akhirnya kami sepakat untuk menghasilkan Kembali yang diinspirasi dari Novel Bagaikan Puteri. Novel ini dipilih memandangkan jalan ceritanya yang unik dan kekaguman kami pada karakter Laksamana Sunan tersebut. Selain itu pertembungan 2 zaman iaitu Haryani (abad ke 21) dan Laksamana Sunan/Saiffudin (kurun ke 15) telah membawa kita pada sebuah pengembaraan yang mencabar, menerokai setiap alam ciptaan Allah yang luas, serta pelbagai dugaan lagi yang dihadapi mereka dimana ianya tiada kesudahan.....

Kami di Hikayat Urban Pictures mencuba sebaik mungkin dalam menggarap filempendek ini supaya dapat mencapai objektif kepada para penonton....Kami juga ingin menjadikan isnpirasi ini sebagai proses pembelajaran kami untuk anak-anak masa depan bangsa kita dan ianya akan menjadikan pencetus semangat bagi masyarakat terutama rakyat Malaysia berbangsa Melayu pada kepahlawanan seorang Laksamana Sunan..
Kredit untuk penulis kerana berkongsi dan menyampaikan ilham pada masyarakat...dan jadikanlah inspirasi ini sebagai satu filem Pra Bagaikan Puteri ataupun Mini filem Bagaikan Puteri sebelum Novel Trilogi ini akan mengegarkan Drama dan Filem tempatan kita, sebagaimana ketaksuban kita dalam mengangung karya luar seperti Trilogi Lord of The Ring / Star Wars dan sebagainya...

Sekian,
Sidang Hikayat Urban Pictures.

No comments: