...

Saturday, June 4, 2016

Menjelang Ramadan 2016 Setahun Kini dan Setahun Sudah


Salam dan selamat sejahtera yang sudi singgah ke blog  KEMBALI aka Hikayat UrBan..
Tidak menyangka blog yang sebelum ney dilakukan secara suka-suka ini mula mendapat respon viewer walaupun X segah bloger-bloger lain tetapi saya beruntung kerana ada yang mengunjugi dan turut mencari info didalam didalam blog ini, kerana itu medium ini dapat mengeratkan saya dengan kalian semua berkongsi idea dan pendapat bersama-sama..
Untuk kali ini Nota catatan ini lebih terarah kepada peribadi sekadar memberi pembelajaran, nasihat serta berkongsi pengalaman saya setahun sepanjang saya mula aktif berblog di KEMBALI ini. Kenapa setahun boleh dikatakan saya mula meraih minat utk menulis setelah menyertai geng-geng sahabat bloger suatu ketika dahulu pada mulanya suka-suka dan tidak sangka bertahan hingga kini..Saya dikenali dengan kod nama sebagai power atau power raggers atau power ranggers MERAH ataupun Power Cat digunakan dalam persahabatan vitual ini.  Melihat beberapa teman yg legend dan power berblog memang merasa diri ini kecil sahaja berbanding teman blog-blog lain yang terer dan peroleh anugerah ada yang kini menjadi Model sambilan ada juga penulis buku..Aku? hehehe Saya biarlah Rahsiah..
Its Sains kan....apa kat dunia ney semua Sains
Penulisan menjadi pemudah cara,  saya mengingati Apa yang berlaku terhadap saya.. Setahun yang lepas memadangkan kita sudah pun hampir memasuki Bulan Ramadan, oleh itu saya sudah bersedia ingin menceriakan serba sedikit tak semua tapi penting sebagai kefahaman kita bersama dimana perkara ini saya tidak pernah Berkongsi lagi bersama Rakan-rakan SAHABAT BLOGGER GROUP yang sememangnya mereka aktif disana menceritakan perkembangan , bergurau dan pelbagai lagi selama setahun  itu.
Bagaimana saya Ingin bermula ? agak sukar kerana itu saya perlu  mengambil waktu bulan Ramadan sebagai titik permulaan cerita, cukuplah setahun utk saya ceritakan semua ini. Umum di SB Group telah mengetahui saya mengalami Denggi pada minggu kedua bulan ramadan, perkara itu diceritakan kpd kenalan2 SB seperti biasa ini bukan kali pertama saya kena dan saya bersedia dengan apa-apa keadaan  (Baru-baru ini ada juga rakan SB iaitu Syafiq mengidap Denggi, pada waktu saya terimbas kembali moment ketika mengadap sakit tersebut, tapi moment itu berbeza dengan penghidupan saya kini, masih segar ingatan bagaimana Nura berkongsi kisah keluarganya ayahnya yang masuk di Wad sekarang Alhamdullilah sudah pulih, 
nAKAL NYER MENAtang ney menyerang Aku sebaNYak 2X doktor bagi tahu berjaga-jaga
 untuk kali ke 3 mungkin lagi teruk
Tapi Saya tetap berat utk bercerita  pada rakan-rakan di SB, Sepanjang  saya mengalami Denggi  bapa saya juga mengalami masalah kemerosotan kesihatan dia mengalami lemah terhadap kaki kirinya (jalan terencot-encot) dan dari semasa ke semasa pergerakkannya menjadi perlahan, ketika saya alami demam Denggi  orang yang terdekat perlu menghantar saya ke Hospital semestinya ayah saya tetapi memadangkan Ayah saya lemah dari segi pegerakkan dan cepat penat dia tidak boleh menghantar saya. Oleh itu saya meminta pertolongan rakan untuk menghantar saya ke Wad, selama seminggu saya bertarung penyakit dan selama seminggu juga bapa saya menjalani ramadan dengan masalah kesihatanya, Dia sebelum ini seorang yang sangat menjaga anaknya ketika sakit terutama semasa saya terkena Denggi  8 Tahun yang lepas, kini dia tidak lagi berbuat demikian mungkin kurang ambil berat kerana tidak berupaya, Ayah saya juga sakit.



              Setahun berlalu, masuk bulan Ramadan pada tahun 2016 ini, kini ayah saya tiada lagi dia sudah pergi menghembuskan nafas terakhir, itu yang membezakan setahun kini dan setahun yang sudah.. YER bulan RAMADAN yang saya ingati Sampai Bila-Bila.
Entry ini dinaik bukan sekadar omong kosong sebenarnya ada yang lebih berat dan semestinya, bagi Saya perlu dikongsi sebagai pengetahuan dan Awarness kepada masyarakat umumnya dan sesiapa-keluarga atau saudara mara terutama Ibu dan bapa anda menerima penyakit sedemikian  secara Khususnya pernahkan anda mendengan NeuronMoto Deseas/ Neuropati ?  Saya akan cuba Imbas dan FlashBack  Setahun yang lalu berkenaan dengan saya, maklumat ini perlu untuk persediaan terima kasih kepada membaca tunggu ke Next Entry Okeyyy J 
Wassap :  011-25121020


Bley juga Instag  Naaim Halim

Atau FB : Naaim Em

No comments: